Wednesday, December 30, 2009

Sedihnye...

0comments
dah lama tak update blog ni. bukan ape, line internet tak ada. so tak boleh la nak update blog. tapi Q pinjam komputer senior kejap nak update cerita yang menyedihkan. baru-baru ni Q ade chatting dengan bos Q. macam- macam cerita yang kami kongsi. antaranya program Perkhemahan Internasional 2009 yang berlangsung di ulu yam resort.bile dengar bos Q cerite, aduh! sakit hati dan cemburu pon ade. tapi ape kan daye. tak dapat nak sertai program tu. kene la terime seadenye. bagi semua peserta, tahniah di atas penyertaan kalian bagi menjayakan program tersebut. takpe takpe. nanti Q balik tahulah. ok bos? hehehe.

Saturday, September 26, 2009

Sebulan di Perantauan

0comments
Sedar tak sedar, dah sebulan Q berada di Mesir. Macam tak percaye pon ade. Tapi tu lah hakikatnye. Bile berada di sini, macam-macam yang berlaku. Rase diri ini makin kerdil bile berade di sini. Mane taknye, dari sejahat-jahat manusia hinggelah sebaik-baik manusia ade di Mesir nih.

Buat mase ni Q belum mule belajar lagi. Hanya duduk di rumah Perak je. Bosan gak la. Tapi banyak gak tempat baru yang Q dah kunjungi. Antaranya Asfour ( Kilang Kristal), Hussin dan Damanhur.

Biarlah gambar menceritakan segala-galanya…

Monday, July 13, 2009

HARI BENGANG!!

1 comment


Wawawaw. Dah lame Q tak update blog. Maklum la. Orang berkerje mengalahkan PM. Hehe. Kadang-kadang tu ade juga mase free. Tapi tahap kemalasan nak update lagi kuat dari nak update.

Baru-baru ni (9/7/09), merupakan hari yang paling bengang bagi Q. Q isytiharkan hari tersebut sebagai HARI BENGANG. Macam-macam perkara yang berlaku kat Q hari tu yang membuatkan Q bengang. Nasib baik la masih ade sifat sabar dalam diri. Kalau tak, tak tahu lah nak cakap macam mane. Antara peristiwa yang berlaku hari tu :

1. Internet

Name syarikat Q Al Hidayah Training & Development dan Q sebagai kerani di situ. Kerja kami fokus tentang menjana konstruktif minda masyarakat dan selalunya kami ada program mengikut kehendak klien kami. Bile tak ade program, kerja Q hanya duduk di ofis dan mengadap laptop. Internet dan laptop sangat penting. Kalau tak ade mende alah ni, mahu mati kutuk Q dengan bos Q jawabnye. Mase hari tu internet problem. Memang sakit hati juga Q dibuatnya. Menunggu satu page habis loading, Q sempat tidur kejap. Dah habis tidur pon tak habis loading lagi. BENGANGNYE!!!

2. Adik perempuan

Hari tu adik Q balik lewat sebab ade aktiviti ko-kurikulum. Memang dah jadi kerja Q kene bawa adik balik. Hari tu pula hujan rahmat turun dengan lebat selebatnye. Sampai sekolah pon boleh banjir. Budak-budak kan. Pantang Nampak hujan. Mule nak main. Tu yang membuatkan Q bengang. Bukan pe, kalau kusyen kerete Q senang lap air tak ape. Ni pula, kusyen jenis serap air. Nanti habis la kerete berbau. BENGANGNYE!!!

3. Kereta

Ni satu hal. Mase ni pula nak buat hal. Tak tahu la ape masalah kerete Q. Cepat sangat mati nye. Tekan brek sikit dah mati. Jenuh tekan clutch sampai habis. Pon mati juge. Aduh. Kalau mati atas jalan rata tak ape la juga. Ni pula mati mase kat bukit. Depan Q dah la ade kerete nak masuk simpang kanan. Dari simpang kanan ade pula kereta lain. Kerete Q betul-betul mati kat bukit. Nasib baik la Q ni drifter. Hehehe. Kalau tak, tak tahulah. BENGANGNYE!!!

4. Kerete sebelah

Dah jadi lumrah. Q ikut perangai abang Q. Kami jenis tak suke gune air-cond. Kami lagi suke buka tingkap ambil udara segar.nasib baik la mase tu hujan dah rintik-rintik. Tapi air di jalan masih bertakung. Sampai satu jalan dua hala, Q memang buka tingkap mase tu. Kat depan sikit ade air bertakung. Kerete dari lorong sebelah boleh bawa laju. Ape lagi, PUSH!!! Air percik masuk dalam kerete weh! Habis basah. Nasib baik tak terminum air tu. Siut punye kerete. BENGANGNYE!!!

5. Adik lelaki

Sampai saje kat rumah, biase la kan. Mesti penatnye. Balik je rumah, adik-adik Q mesti nak cari pasal dengan Q. Letak beg merate la. Baju tak gantung la. Macam-macam. Adik-adik Q ni ibu belikan masing-masing handphone. Senang nak call nanti. Adik perempuan Q tu ok sikit. Die jage handphone die. Adik laki Q ni la yang cari pasal. Letak handphone merate. Q hamper-hampir nak terpijak HP die. BENGANGNYE!!! Nasib baik tak terpijak. Mase tu juga Q panggil adik laki Q tanye die pasal HP. Die boleh main-main pula. Q kejar la die pasal nak ajar die sikit. Kejar punye kejar, last HP die terjatuh. Habis berkecai. Bateri terkeluar, keypad tercampak. Senang cerite dah barai la. Nasib baik HP yang tak mahal. Q pon saje ngadu kat ibu. Pastu ibu marah adik laki Q tu. Q pergi dapur nak ambil makan sambil gelakkan adik Q yang tengah pungut hp die dengan muke yang sedih. Hahaha. Kejam tak? Tu sebagai ubat kepada bengang-bengang Q seharian. Hahahah.

Sunday, July 5, 2009

TOLONG!!!

0comments

Tolong Q! Ade sesiape nak tolong Q? Ade orang kate Q ni pelik. Betol ke? Ade sesiape boleh tolong Bagitahu Q ape yang pelik tentang diri die?

Tuesday, June 30, 2009

SAKIT HATI?!

1 comment

Adoiyai. Agak lama Q tak post blog. Bukan tak ada cerita yang hendak dikongsi, cume kesempatan untuk post tu tak ade. Asyik kerje luar memanjang. Ikut bos pergi sane la. Sini la. Merate-rate. Alhamdulillah. Ade juge kesempatan nak buat post baru. Minggu lepas Q kene teman bos Q. die nak pergi bank la. Banyak juge le tempat die nak pergi. Q pon ingat-ingat lupe.


Sebelum kami pulang ke rumah bos Q, kami singgah di restoran M. Syed untuk bersarapan. “Lapo wei,” kate bos. “Kat sini megi goreng die sedap.”


Sambil makan, bos Q cerita kat Q pasal sakit hati. Katenye, “Hari ni orang nak jasa kita, nak pengorbanan kite. Pernah tak orang terfikir nak bagi berjasa pada kite balik? Pernah tak orang terfikir nak berkorban untuk kite?” “Hari ni orang terima kite sebab ape yang ade pade diri kite. Sepuluh tahun akan datang belum tentu orang akan terime kite.”


Bos Q ade juge cakap pasal sakit hati. “Kalau ko nak tau, ni la sakit hati. Yang orang dok kata sakit hati, sakit hati, ni la dia.”


Cume nak tanye pendapat pengunjung.

SAKIT HATI = ??? + ??? + ???

Tuesday, June 23, 2009

Betul ke ni?

0comments

Semalam Q rase macam ade yang tak kene. Hati ni rase tak tenteram je. Tak tahulah kenape. Buat dose? Susah nak cakap la. Hati tak tenteram. Otak rase serabut gile. Dah rase macam kene piker masalah Negara je. Musykil -musykil.

Pagi tu, masuk je keje, macam-macam masalah datang. Baru Q dengan bos Q perasan yang tarikh program kami bertindih dengan program lain. Aduh! Macam mane ni? Q cube call tempat nak buat program. Tapi langsung tak angkat. Lagi serabut kepala.

Q keluar sebab bos suruh fotostat surat. Oklah. Q pon pergi. “Bila mau?” “Bile boleh siap?” “Erm. Petang sikit arr. Pukul 2.” “Erm. Ok. Pukul 2 saye mari.” Lepas tinggalkan surat difotostat, Q pergi tenangkan fikiran kat Gua Kek Look Tong. Memang best tempat ni. Tenang je rase. Haha.

Q duduk dekat kolam kura-kura. Tengah tengok kura-kura dalam kolam tu, ade perkara pelik berlaku. Cube tengok video ni.

video
(Gua Kek Look Tong 22 June, 2009, 1:10:26 PM)

Ape yang anda nampak? Kura-kura tengah main dengan kura-kura? Salah! Yang sebenarnya kura-kura cengkerang hitam tu dah mati. Kura-kura yang lain makan kura-kura tu. Percaye tak? Tak percaye tak pe. Terpulang. Tapi itulah kenyataannya. Kura-kura cengkerang hitam tu dah mati. Kura-kura yang lain makan kura-kura tu. Percaye tak? Tak percaye tak pe. Terpulang. Tapi itulah kenyataannya.

Kura-kura tu buat Q terfikir sejenak. “Betul ke ape yang aku tengok ni? Sampai nak dikopek cengkerang kura-kura mati tu sebab nak makan. Biar betul?” kalau kura-kura dah jadi begini. Macam mana dengan manusia zaman sekarang?

Bunuh membunuh antara manusia dah jadi tabiat. Apetah lagi bergaduh. Erm. Ape yang membuatkan manusia jadi begitu? Moh kite pikir same-same

_________________________________________________________________________________________________

*Maaflah video kurang jelas. Maklumlah. Format 3gp. Handphone punye camera.