Monday, July 13, 2009

HARI BENGANG!!




Wawawaw. Dah lame Q tak update blog. Maklum la. Orang berkerje mengalahkan PM. Hehe. Kadang-kadang tu ade juga mase free. Tapi tahap kemalasan nak update lagi kuat dari nak update.

Baru-baru ni (9/7/09), merupakan hari yang paling bengang bagi Q. Q isytiharkan hari tersebut sebagai HARI BENGANG. Macam-macam perkara yang berlaku kat Q hari tu yang membuatkan Q bengang. Nasib baik la masih ade sifat sabar dalam diri. Kalau tak, tak tahu lah nak cakap macam mane. Antara peristiwa yang berlaku hari tu :

1. Internet

Name syarikat Q Al Hidayah Training & Development dan Q sebagai kerani di situ. Kerja kami fokus tentang menjana konstruktif minda masyarakat dan selalunya kami ada program mengikut kehendak klien kami. Bile tak ade program, kerja Q hanya duduk di ofis dan mengadap laptop. Internet dan laptop sangat penting. Kalau tak ade mende alah ni, mahu mati kutuk Q dengan bos Q jawabnye. Mase hari tu internet problem. Memang sakit hati juga Q dibuatnya. Menunggu satu page habis loading, Q sempat tidur kejap. Dah habis tidur pon tak habis loading lagi. BENGANGNYE!!!

2. Adik perempuan

Hari tu adik Q balik lewat sebab ade aktiviti ko-kurikulum. Memang dah jadi kerja Q kene bawa adik balik. Hari tu pula hujan rahmat turun dengan lebat selebatnye. Sampai sekolah pon boleh banjir. Budak-budak kan. Pantang Nampak hujan. Mule nak main. Tu yang membuatkan Q bengang. Bukan pe, kalau kusyen kerete Q senang lap air tak ape. Ni pula, kusyen jenis serap air. Nanti habis la kerete berbau. BENGANGNYE!!!

3. Kereta

Ni satu hal. Mase ni pula nak buat hal. Tak tahu la ape masalah kerete Q. Cepat sangat mati nye. Tekan brek sikit dah mati. Jenuh tekan clutch sampai habis. Pon mati juge. Aduh. Kalau mati atas jalan rata tak ape la juga. Ni pula mati mase kat bukit. Depan Q dah la ade kerete nak masuk simpang kanan. Dari simpang kanan ade pula kereta lain. Kerete Q betul-betul mati kat bukit. Nasib baik la Q ni drifter. Hehehe. Kalau tak, tak tahulah. BENGANGNYE!!!

4. Kerete sebelah

Dah jadi lumrah. Q ikut perangai abang Q. Kami jenis tak suke gune air-cond. Kami lagi suke buka tingkap ambil udara segar.nasib baik la mase tu hujan dah rintik-rintik. Tapi air di jalan masih bertakung. Sampai satu jalan dua hala, Q memang buka tingkap mase tu. Kat depan sikit ade air bertakung. Kerete dari lorong sebelah boleh bawa laju. Ape lagi, PUSH!!! Air percik masuk dalam kerete weh! Habis basah. Nasib baik tak terminum air tu. Siut punye kerete. BENGANGNYE!!!

5. Adik lelaki

Sampai saje kat rumah, biase la kan. Mesti penatnye. Balik je rumah, adik-adik Q mesti nak cari pasal dengan Q. Letak beg merate la. Baju tak gantung la. Macam-macam. Adik-adik Q ni ibu belikan masing-masing handphone. Senang nak call nanti. Adik perempuan Q tu ok sikit. Die jage handphone die. Adik laki Q ni la yang cari pasal. Letak handphone merate. Q hamper-hampir nak terpijak HP die. BENGANGNYE!!! Nasib baik tak terpijak. Mase tu juga Q panggil adik laki Q tanye die pasal HP. Die boleh main-main pula. Q kejar la die pasal nak ajar die sikit. Kejar punye kejar, last HP die terjatuh. Habis berkecai. Bateri terkeluar, keypad tercampak. Senang cerite dah barai la. Nasib baik HP yang tak mahal. Q pon saje ngadu kat ibu. Pastu ibu marah adik laki Q tu. Q pergi dapur nak ambil makan sambil gelakkan adik Q yang tengah pungut hp die dengan muke yang sedih. Hahaha. Kejam tak? Tu sebagai ubat kepada bengang-bengang Q seharian. Hahahah.

1 comments:

ili aqilah on July 14, 2009 at 3:39 AM said...

kejam giler kau kat mahfuz dowh....
tak baik, mmg la die brutal. kesian die...
tak bleh bygkan muka die sedih..

jahat ah kau..

Post a Comment