Tuesday, June 23, 2009

Betul ke ni?


Semalam Q rase macam ade yang tak kene. Hati ni rase tak tenteram je. Tak tahulah kenape. Buat dose? Susah nak cakap la. Hati tak tenteram. Otak rase serabut gile. Dah rase macam kene piker masalah Negara je. Musykil -musykil.

Pagi tu, masuk je keje, macam-macam masalah datang. Baru Q dengan bos Q perasan yang tarikh program kami bertindih dengan program lain. Aduh! Macam mane ni? Q cube call tempat nak buat program. Tapi langsung tak angkat. Lagi serabut kepala.

Q keluar sebab bos suruh fotostat surat. Oklah. Q pon pergi. “Bila mau?” “Bile boleh siap?” “Erm. Petang sikit arr. Pukul 2.” “Erm. Ok. Pukul 2 saye mari.” Lepas tinggalkan surat difotostat, Q pergi tenangkan fikiran kat Gua Kek Look Tong. Memang best tempat ni. Tenang je rase. Haha.

Q duduk dekat kolam kura-kura. Tengah tengok kura-kura dalam kolam tu, ade perkara pelik berlaku. Cube tengok video ni.

video
(Gua Kek Look Tong 22 June, 2009, 1:10:26 PM)

Ape yang anda nampak? Kura-kura tengah main dengan kura-kura? Salah! Yang sebenarnya kura-kura cengkerang hitam tu dah mati. Kura-kura yang lain makan kura-kura tu. Percaye tak? Tak percaye tak pe. Terpulang. Tapi itulah kenyataannya. Kura-kura cengkerang hitam tu dah mati. Kura-kura yang lain makan kura-kura tu. Percaye tak? Tak percaye tak pe. Terpulang. Tapi itulah kenyataannya.

Kura-kura tu buat Q terfikir sejenak. “Betul ke ape yang aku tengok ni? Sampai nak dikopek cengkerang kura-kura mati tu sebab nak makan. Biar betul?” kalau kura-kura dah jadi begini. Macam mana dengan manusia zaman sekarang?

Bunuh membunuh antara manusia dah jadi tabiat. Apetah lagi bergaduh. Erm. Ape yang membuatkan manusia jadi begitu? Moh kite pikir same-same

_________________________________________________________________________________________________

*Maaflah video kurang jelas. Maklumlah. Format 3gp. Handphone punye camera.

0 comments:

Post a Comment