Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Enda


Ahad, 21 Jun 2009. Banyak perkara yang berlaku hari ni. Q bangun awal jugak la dari biase. Banyak kerje kene buat hari ni. Hari ni, Q kene kemas rumah. Waaa… Macam tak percaye kan Q kemas rumah. Q kene keluarkan karpet dari bilik sebelah. Atas karpet tu dah la ade almari. Berat pula tu. Tambahan kene buat kerje sorang-sorang. Pergh! Memang sakit.

Habis buat kerje, Q saje la lelapkan mate kejap. Kejap je. Celik je mate tengok-tengok dah dekat pukul 6. “Mak ai. Lame nye aku tido. Macam tido kejap je.” Ibu dengan enda keluar. Pergi mane pon tak tahu la. Balik je mereke bawa kek. “Happy birthday to you,” kate ibu. Oh! Beli kek untuk adik rupenye. Kebetulan semalam hari jadi adik Q yang ke 11. Selamat hari lahir Yah!

Pada kek tertulis, “happy birthday to athirah n happy father’s day.” Hari ni hari bapa. Q sempat ucapkan selamat hari bapa kat enda tadi sebelum makan kek. Hehe.

Dikesempatan ini, Q nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahanda Q yang tersayang, Mohd Ali b. Harun. Dan tak lupe juge kepada semua yang bergelar tidak kira bapa, ayah, baba, papa, enda, pak dan lain-lain.

SELAMAT HARI BAPA

1 comments:

ili aqilah on June 22, 2009 at 12:11 AM said...

selamat hari jadi juga!

Post a Comment