Thursday, June 18, 2009

Yum, hang silap....


Assalamualaikum.....

Terukir di wajah bos Q kelmarin selepas isteri beliau selamat melahirkan seorang putera yang bakal mentadbir dunia. Semalam Q terpaksa awal pagi kerana bos Q mengajak Q untuk menemaninya ke Selama.

Q dikejutkan pada pukul 5 pagi kerana bos Q ingin pulang ke kampung sebelum subuh dan pulang ke Ipoh sebelum tengah hari. Dengan menaiki kereta wira berplatkan AFL 1516, bos Q,anaknya dan Q pergi ke Selama.

Sepanjang perjalanan Q terpaksa menahan ngantuk kerana dipaksa untuk berbual dengan bos Q. Jika tidak, akan ada sesuatu yang hinggap di muka Q. Anak bos sudah terlentok-lentok di bahu Q kerana takut untuk tidur di belakang. Bos Q tegur anaknya berulang kali menyuruh anaknya tidur di belakang. "Una tidur la kat belakang. Jangan tidur situ. Nanti ayah break Una jatuh." Begitulah kata-kata seorang ayah yang penyayang.

Kami singgah di masjid Kemunting untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, kami meneruskan perjalanan terus ke kampong bos Q. Pelbagai topic yang kami bualkan sepanjang perjalanan. Antaranya mengenai KRS yang berjalan di sekolah kami dan sekolah kerajaan. Pelbagai perasaan yang diluahkan ketika itu. “Apa kata satu hari kita buat gila pakai uniform no. 3 kat sekolah nak?” soal bos Q. “Erm. Ok gak tu,” balas Q. Kadang-kadang ada juga topik yang membuatkan kami sama-sama ketawa.

Kami sampai pada jam 7 pagi. Sesampai kami di kampung bos Q, kami rehat seketika. Bos Q ajak Q pergi ke kebun di depan rumah untuk mengutip durian. Tapi hampa kerana tiada durian yang luruh ketika itu.

Pelbagai ilmu yang Q belajar dari ayah bos Q. Antaranya bagaimana menanam uri mengikut adat melayu. Q juga berkesempatan untuk belajar mengenai daun-daun herba yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit. Walaupun dapat belajar, Q masih belum dapat mengenal pasti daun-daun herba dengan yakin. Sebab terlampau banyak daun. Rupanya pun lebih kurang sama. Itu yang membuatkan Q pening untuk mengenal daun. Antara daun yang Q sempat kenal, Tepu Kesing, Sekentut, beza antara serai wangi dan serai orang buat makan, buas, dan macam-macam la. Daun sekentut yang menarik perhatian Q. Nama pun sekentut. Tu yang membuatkan Q musykil sebab apa daun tu namanya sekentut. Ayah bos suruh Q cium baunya. Busuk! Padan la nama nya sekentut. Baunya iras-iras macam kentut manusia. Selepas selesai menanam uri dan petik daun-daun untuk dibuat mandi, kami masuk ke dalam untuk bersarapan. Pagi-pagi lagi dah makan nasi berlauk. Memang tak biasa. Tapi bertambah juga la. Bukan apa, lauk panas lagi. Perut pula tengah kosong. Balun aje la.

Q juga berkesempatan makan durian di sana. “Una makan la nasi dulu. Lepas tu baru makan durian.” Q senyum je mendengar kata-kata bos Q kepada anaknya. Kami bersarapan sambil menonton tv. Rancangan MHI di kaca tv. Pengacara menemu ramah salah seorang peserta mentor. “Si Black ni bagus suaranya. Mentor dia dok pegang rotan ja,” kata ayah bos Q. “Tgk jugak ayah bos ni cite nih rupenye,” Q bermonolog dalaman.

Selepas tamat MHI, keluar iklan tv3. Q cakap kat bos Q. “Rasa teruja bile tengok iklan ni.” “Tu la. Dulu paksu dah cakap kat hang. Paksu selalu cakap kat hang. Tapi tergantung. Paksu tak pernah habiskan. Tapi hang tak pernah tanya balik.” “Yeke? Mase bile paksu?” soal Q. “Paksu selalu cakap kat hang. Yum hang silap. Tapi hang tak pernah tanye balik.” “Yeke? Pasal ape paksu?” “Paksu rasa hang nak pi mesir ni silap. Paksu rasa kalau hang pi pon. Balik-balik hang bukan ke arah tu. Hang ni suke benda-benda yang kreatif.” Kata-kata bos Q tu membuatkan Q fikir panjang. Ada benarnya ape yang bos Q cakapkan.

Kami gerak pulang pada pukul 11 pagi. Sepanjang perjalan balik kami kurang berbual sebab Q tak larat. Baru bangun tidur. Mamai sikit. Tapi bos Q bengang gila. Sepanjang kami nak balik, ada 3 roadblock. Bos Q cakap, “Napa suma nak wat roadblock? Polis wat roadblock. Jpj wat roadblock. Bomba tak mau wat gak ka? Askar ka?” Q hanya tergelak kecil.

Akhirnya kami selamat sampai di ipoh pada tengah harinya. Sampai je Q di rumah, terus siap-siap untuk ke sekolah kerana ada urusan......




1 comments:

zach on June 19, 2009 at 12:46 AM said...

hoho... kecik sgt,panjang,...
gmbr tu pon cam x perlu...mencapub je lebih...

pape pon,bgs ar dh maju sket..ade blog...
hahahahhaaa

Post a Comment